JDT Kekal Momentum, Sedia Lebarkan Rekod Pasukan Di Tempat Lawan
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Pendahulu saingan Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) gah di persada liga apabila meninggalkan pesaing terdekat iaitu Terengganu FC dengan kelebihan 8 mata ketika saingan liga sudah hampir tiba ke penghujungnya.

Pasukan kendalian Benjamin Mora bakal menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sementara pasukan kendalian Nafuzi Zain bakal melayan kunjungan Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ketika ini, JDT cemerlang mengharungi kempen liga sama ada ketika bersaing di tempat sendiri mahupun di tempat lawan. Bahkan, pada musim ini, pasukan Harimau Selatan ini tidak mencatatkan sebarang kekalahan apabila berkunjung ke tempat lawan.

Advertisements

Mereka juga telah mencatat rekod tanpa kalah paling lama dalam sejarah Liga Super iaitu sebanyak 35 perlawanan.

Rekod cemerlang ini juga turut dikekalkan apabila mereka bermain di Stadium Sultan Ibrahim. Pada musim ini, JDT hanya tewas sekali sahaja kepada Terengganu menerusi jaringan tunggal pemain sayap muda, Hakimi Abdullah sekaligus melepaskan peluang untuk mengutip 3 mata penuh.

Dengan berbekalkan rekod 7 kemenangan dan juga 2 kali seri di tempat lawan, JDT sekali lagi dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasukan kendalian P. Maniam bagi mencatatkan kemenangan ke-15 pada musim ini.

Advertisements

Pasukan PJ City pula pastinya terdesak untuk meraih kemenangan setelah mereka tewas dalam 3 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Jika pasukan JDT berjaya mencatatkan kemenangan, maka sudah pastinya mereka berada dalam kedudukan yang cukup selesa untuk menjuarai Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram