Benjamin Mora Sah Dipecat Kelab Mexico, Atlas
Dunia
Atlas FC
Advertisements

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Benjamin Mora telah dipecat sebagai jurulatih kelab Liga MX, Atlas FC.

Keputusan pemecatan itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas yang dibuat Atlas di laman sesawang rasmi mereka.

Keputusan pemecatan dibuat selepas Los Rojinegros tewas empat kali dan seri sekali dalam semua kejohanan kebelakangan ini.

Advertisements

Susulan itu, ramai penyokong Atlas menggesa pengurusan kelab agar memecat Mora bagi menghalang kemerosotan prestasi pasukan berterusan.

“Kami ingin memaklumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Sukan Atlas FC pada Isnin, 30 Oktober, kami memutuskan secara persetujuan bersama dengan Benjamin Mora untuk menamatkan kontraknya bersama Atlas FC.

“Kami bersyukur dengan komitmen dan semua kerja yang dilakukan Benjamin dan barisan kejurulatihan semasa bersama Los Rojinegros dan kami mengucapkan selamat berjaya untuk projek beliau yang seterusnya,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Advertisements

Susulan itu, penolong jurulatih Omar Flores dilantik sebagai jurulatih interim sehingga pihak kelab mengenalpasti pengganti tetap Mora.

Kedudukan jurulatih Mexico itu sudah berada dalam bahaya susulan keupayaan Atlas memenangi empat perlawanan dalam 14 perlawanan liga musim ini.

Mora terus diingat peminat bola sepak JDT susulan kejayaannya mengemudi Harimau Selatan menjulang Liga Super musim 2022 dan Piala Sumbangsih (2021, 2022).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram