Beregu Muda Malaysia Sekali Lagi Kejutkan Pemain Pilihan
UltraSukan
BA Malaysia

Nama beregu lelaki muda Malaysia, Aaron Tai dan Kang Khai Xing kembali menjadi sebutan peminat badminton negara.

Selepas mengejutkan bekas juara Asia, Chirag Shetty dan Satwiksairaj Rankireddy dalam saingan All England 2026, satu lagi regu pilihan menjadi mangsa mereka di pentas Swiss Open 2026.

Beregu yang dimaksudkan adalah pasangan dari Indonesia, Rian Ardianto-Rahmat Hidayat. Beregu Indonesia itu tewas kepada Aaron-Khai Xing dengan keputusan 21-16, 29-27.

Kekalahan ini mengejutkan terutama buat Rian disebabkan statusnya sebagai bekas beregu nombor satu dunia. Selain itu, Rian juga pernah bergelar juara All England sebanyak dua kali bersama Fajar Alfian.

Aaron-Khai Xing berpeluang mara ke suku akhir dengan syarat melepasi halangan satu lagi wakil Indonesia di pusingan kedua.

Mereka akan turun menentang Leo Rolly Carnando dan Bagas Maulana. Leo-Bagas mara ke pusingan kedua dengan menyingkirkan wakil Chinese Taipei, Chien Wei-Chiang dan Wu Hsuan-Yi.