Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Walaupun terlepas untuk menjadi penjaring terbanyak Liga Super musim lepas, namun ianya tidak mematahkan semangat pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Brazil, Bergson Da Silva untuk tampil lebih garang musim ini.

Ketika pemenang kasut emas Liga Super musim lepas, Ifedayo Olusegun masih belum membuka akaun jaringan bersama Melaka United, Bergson kini sudah meledak 11 gol dalam semua pertandingan yang melibatkan JDT.

Dalam saingan Liga Super, Bergson kini merupakan pendahulu penjaring terbanyak liga dengan 7 gol dan beliau kini semakin dirapati penyerang import dari Selangor, Herlison Caion yang kini sudah meledak 5 gol.

Advertisements

Ketajaman Bergson tidak terhenti di situ apabila beliau terus mempamerkan aksi terbaik di Liga Juara-Juara Asia (ACL). Beliau sehingga kini sudah meledak 6 gol dalam piala berprestij di Asia itu sekali gus menjadikan beliau kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan di bawah pemain bintang Al-Duhail SC, Edmilson Junior yang sudah menjaringkan 8 gol.

Bergson top scorer Bergson Buktikan Bisanya Bukan Biasa-Biasa Selepas Memukau Di Malaysia Dan Asia
Bergson kini berada di kedudukan kedua penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia (ACL)

Berdasarkan prestasi terkini, pemain berusia 31 tahun ini dijangka akan terus menyumbat gol buat JDT dan ketajaman beliau akan terus menghantui barisan pertahanan pasukan lawan yang pastinya akan cuba sehabis baik untuk merantai pergerakan Bergson.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram