Bergson Da Silva Mendahului Undian Penyerang Terbaik ACL 2022
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva kini mendahului kedudukan carta undian 10 pemain penyerang terbaik dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Pemain berusia 32 tahun itu telah membantu skuad Harimau Selatan menjadi juara Kumpulan I dan layak menempatkan pasukan ke pusingan 16 terbaik bagi kempen ACL musim lalu.

Sepanjang kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022, Bergson berjaya meledak enam gol, memenangi 34 perebutan bola diudara dan melakukan sebanyak 20 percubaan ke arah gol. Beliau juga berkongsi kedudukan, berada di tempat ketiga dalam senarai penjaring terbanyak.

Advertisements

Setakat jam 11.30 malam, Isnin 29 Mei, Bergson berada di tempat pertama dalam undian sebagai penyerang terbaik ACL 2022 dan mengumpul sebanyak 43% undian. Sembilan orang penyerang lain yang terpilih dalam senarai penyerang terbaik ini ialah:

Edmilson Junior (Al Duhail), Kasper Junker (Urawa Red Diamonds), Odion Ighalo (Al Hilal), Yacine Brahimi (Al Rayyan), Zeca (Daegu), Michael Olunga (Al Duhail), Ikhsan Fandi (BG Pathum), Yohan Boli (Rayyan) dan Yu Kobayashi (Kawasaki Frontale).

Undi Disini: Penyerang Terbaik ACL 2022

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram