Asia
IG Bergsonberg
Advertisements

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terus mencipta nama di persada antarabangsa apabila namanya tersenarai dalam kelompok penyerang terbaik dunia.

Menerusi ranking yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), Bergson berada di kedudukan ke-12 dalam ranking Penjaring Lelaki Terbaik Dunia 2023.

Mengikut data yang dikeluarkan, penyerang kelahiran Brazil itu menjaringkan 39 gol secara keseluruhan bagi tahun ini.

Advertisements

Daripada jumlah gol tersebut, 21 gol dalam saingan Liga Kebangsaan (NL), 14 gol jaringan dalam Piala Kebangsaan (NC) dan 4 gol dalam Kejohanan Kelab Antarabangsa (ICC).

Bergson IFFHS Bergson Dalam Senarai Penjaring Terbanyak Dunia Tahun 2023, Atasi Messi & Salah
IFFHS

Lebih manis, kejayaan ini berjaya mengatasi beberapa nama besar dalam arena bola sepak seperti penyerang sensasi Liverpool, Mo Salah yang berada di kedudukan 17 dengan 36 gol secara keseluruhan.

Manakala ranking pemenang Ballon d’Or 2023, Lionel Messi berada jauh ketinggalan di kedudukan 52 dengan jumlah 28 jaringan.

Advertisements

Anugerah ini dimenangi oleh penyerang terkemuka, Cristiano Ronaldo yang kini bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan 54 jaringan secara keseluruhan sepanjang tahun 2023.

Di tangga kedua merupakan penyerang kebangsaan Perancis dan Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe yang ketinggalan 2 jaringan secara keseluruhan berbanding Cristiano Ronaldo.

IFFHS

Harry Kane yang berhijrah ke kelab gergasi Jerman, Bayern Munich pada musim panas yang lalu melengkapkan senarai tiga teratas bagi anugerah ini dengan jumlah jaringan yang sama bersama Kylian Mbappe.

Advertisements

Walau bagaimanapun, kedudukan kedua-dua penyerang ini dipisahkan dengan penentuan jaringan (tie-breaker) iaitu jumlah jaringan untuk pasukan kebangsaan yang lebih memihak Mbappe dengan 10 gol.

Musim ini, Bergson cemerlang membantu JDT menjulang tiga piala domestik termasuk bergelar juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram