Bergson & Leandro Velasquez Dahului Undian Gol Terbaik Akhir ACL 2022
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2022 menyaksikan banyak gol cantik dijaringkan. Dan untuk undian Gol Terbaik Akhir ACL 2022, undian ketika ini diterajui oleh duo Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Leandro Velasquez dan Bergson da Silva.

Leandro mendahului undian dengan 63% menerusi sepakan percuma cantik dari jarak 30 kaki semasa menentang Ulsan Hyundai FC. Bergson menyusul di tangga kedua dengan undian sebanyak 30%.

Kedua-dua awang import Harimau Selatan ini jauh meninggalkan Soroush Rafiei dari Sepahan FC yang berada di tempat ketiga dengan 3%.

Advertisements

Sementara bekas penyerang Manchester United, Odion Ighalo yang beraksi untuk Al-Hilal pula hanya mengutip 1% undian.

Beliau berkongsi peratusan undi yang sama dengan Ikhsan Fandi (BG Pathum United), Marko Stanojevic (FC Nasaf) dan Moon Seon-min (Jeonbuk Hyundai Motors). Manakala Leandre Tawamba dari Al-Taawoun FC pula gagal menerima sebarang undian.

Advertisements

Bagi yang masih belum mengundi gol pilihan masing-masing terutama dari JDT FC, jangan risau. Undian Gol Terbaik Akhir ACL 2022 dibuka sehingga 20 Jun ini.

Undi Di Sini: Gol Terbaik Akhir ACL 2022

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram