Bergson & Leandro Velazquez Kembali
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dua pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Leandro Velazquez kembali memperkuatkan pasukan menjelang pertemuan dengan Selangor esok.

Anak didik Tano Solari jelas berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya merakam 4 kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Super musim ini.

JDT bagaimanapun terpaksa membayar harga yang cukup tinggi apabila kehilangan Bergson berdepan KL City sebelum Leandro pula diusung keluar ketika bertemu Negeri Sembilan.

Advertisements

Prestasi skuad Harimau Selatan bagaimanapun kekal pada tahap tertinggi apabila mereka berjaya meledak lebih banyak gol tanpa mesin utama pasukan.

Selangor yang menanti kunjungan JDT pastinya mempersiapkan pasukan dengan lebih baik sambil kepulangan dua tonggak utama ini bakal memberikan motivasi buat pasukan ke Kelana Jaya.

Advertisements

Bergson dan Leandro dirakam sudah pun berlatih semula bersama pasukan sebagai persediaan akhir sebelum ke Selangor.

Aksi Selangor dan JDT berlangsung pada Jumaat jam 9 malam di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Advertisements

JDT kini memimpin liga dengan 12 mata manakala anak didik Tan Cheng Hoe mengekori rapat pada tangga ke-3 dengan 10 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram