Bergson Tidak Ke Mana-Mana
Persahabatan
ACL
Advertisements

Penantian debut penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dijangka akan berakhir.

Peledak berbisa pasukan Harimau Selatan itu menimbulkan tanda tanya selepas tidak beraksi dalam beberapa perlawanan pra-musim termasuklah ketika menentang Lion City Sailors tempoh hari.

Beliau juga masih belum beraksi dalam dua aksi awal bagi aksi pra-musim di Sepanyol ketika menewaskan Real Murcia dan juga La Nucia dengan keputusan 3-0 dan 3-1.

Advertisements

Menerusi satu hantaran oleh laman Johor Southern Tigers, Bergson dilihat kembali menjalani latihan bersama pasukan menjelang pertemuan dengan kelab Divisyen 5, Club Costa City pada 22 April 2024 dan perlawanan berikutnya.

Pasukan Divisyen 3, CD Alcoyano dan juga CD Eldense (Divisyen 2) menanti JDT pada 25 April 2024 seperti yang dilaporkan oleh Marbella Football Centre.

Kekosongan bekas pemain Fortaleza itu telah diisi oleh beberapa nama seperti Romel Morales, Nicolao Dimitru dan juga Heberty apabila masing-masing berjaya mencetak jaringan.

Advertisements

Perlawanan ketiga JDT di Sepanyol menyaksikan kemenangan 7-0 dilakar ke atas Club Costa City namun kelibat Bergson masih tidak kelihatan di atas padang.

Beliau kini dipersiap dengan rapi terutamanya menjelang sepak mula Piala Sumbangsih 2024 menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim.

Sebagai rekod, Bergson telah melepasi angka 100 gol bersama Harimau Selatan sejak menyertai pasukan pada tahun 2021.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram