“Berikan Saya Kemenangan, Saya Takkan Kacau” – Zamsaham
MakanBola
Zamsaham
Sponsors

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham baru-baru ini telah menjelaskan tentang apa yang berlaku di dalam kem pasukan The Red Warriors itu. Umum mengetahui, Kelantan merupakan pasukan pertama di Liga Super yang merehatkan ketua jurulatih iaitu Choi Moon-sik.

Zamsaham menjelaskan bahawa keputusan itu berada di tangan beliau. Selepas melihat rentetan kekalahan yang dialami pasukan, beliau mengambil keputusan merehatkan Moon-sik dan Rezal kini merupakan ketua jurulatih sementara.

Ad

“Ya benar, saya buat keputusan merehatkan Choi selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi antara pemain dan coaches selain tiada laporan prestasi dari Head Coach.

Ad

“Saya kena buat keputusan ini sebagaimana saya saya jadikan Rezal Zambery caretaker ketika ketiadaan Marco Rajini dahulu,” jelas Zamsaham dalam muatnaik terbaru di laman Facebook beliau.

Dalam masa yang sama, Zamsaham juga mahu jurulatih yang menerima teguran dan bukannya seorang yang besar kepala. Beliau hanya mahukan kemenangan dan berjanji jika kemenangan dapat dihadiahkan, beliau tidak akan ganggu kerja-kerja pasukan.

Ad

“Matlamat saya adalah saya hanya mahu menang. Itu sahaja. Berikan saya kemenangan dan saya takkan kacau. Saya ada banyak benda lain nak fikir. Tapi kalau dah kalah teruk takkan saya nak biarkan habis sehingga teruk. Saya kena campurtangan sebab tiada pemilik nak kelabnya kalah dan lauk terus,” jelasnya lagi.

Ad