Berita Bekas Bintang Atletico Madrid Sertai JDT Tular Di Thailand
MakanBola
Atletico de Madrid
Sponsors

Berita perpindahan bekas pemain bintang Atletico Madrid ke Liga Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di Thailand.

Perkara ini dimaklumkan oleh wartawan SNE Sports, Offeris Wichitchote berkenaan perpindahan pemain yang dikaitkan menyertai skuad JDT.

Ad
Sponsors

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Hector Hernandez yang kini beraksi buat GD Chaves dalam kancah Liga Portugal 2.

Ad

Tonggak yang beroperasi selaku pemain serangan ini dikaitkan dengan perpindahan ke JDT setelah khabar angin mengatakan bahawa terdapat beberapa muka baharu bakal menyertai skuad Harimau Selatan.

Pemain berusia 28 tahun ini mampu beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang tunggal dan memiliki pengalaman luas beraksi di La Liga bersama Atletico Madrid.

Ad

Kontrak beliau bersama GD Chaves kini telah berakhir pada 1 Julai 2024 sekaligus menyaksikan beliau bergelar ejen bebas menurut laman Transfermarkt.

Ad

Pemain berketinggian 1.80 meter ini dinilai pada tanda harga 2,000,000 USD (RM9.34 Juta) sekaligus bakal menjadi pemain kedua termahal dalam skuad JDT sekiranya melengkapkan perpindahan.

Ad
Copy of Untitled Design 54 Berita Bekas Bintang Atletico Madrid Sertai JDT Tular Di Thailand

Data merekodkan bahawa Hector Hernandez telah menjaringkan 81 gol dalam 282 penampilan sepanjang karier profesionalnya dalam beberapa liga terkemuka di Eropah.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada pihak kelab dan pemain berkenaan perpindahan yang tersebar ketika ini.