Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan bakal melakukan rombakan besar-besaran dengan 6 pemain difahamkan bakal lapor diri.
Skuad kendalian Hector Bidoglio kini masih mengekalkan rekod cemerlang apabila mencatatkan 100 peratus kemenangan dalam semua aksi musim ini.
JDT bagaimanapun dijangka bakal melakukan rombakan besar-besaran untuk membawa masuk muka baharu pada jendela perpindaha kedua.
Perkara ini dimaklumkan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman mengenai beberapa perpindahan melibatkan JDT.
“JDT bakal buat rombakan pemain pada jendela perpindahan Ogos ini.
“6 pemain telah dikenal pasti dan sudah ada yang telah lapor diri di Padang Seri Gelam,” jelasnya.
Antara bayangan awal yang dimaklumkan oleh Juan Budiman melibatkan pemain import kelahiran Korea Selatan, dua pemain Sepanyol, seorang pemain Colombia dan seorang pemain Argentina.
Perpindahan seorang pemain Malaysia dijangka bakal mewarnai jendela kedua pada bulan Ogos ini.
Sebelum ini, Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memaklumkan akan ada perkara beberapa perubahan besar di JDT.
“Selamat malam keluarga JDT. Banyak pembaharuan setiap aspek akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan ini,” ujar DYAM Tunku Mahkota Ismail.