Berita Kelantan Jadi Bualan Orang Korea
Asia
KDN FC
Advertisements

Nama pasukan Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menjadi bualan di Korea Selatan baru-baru ini.

Ini selepas pasukan itu mengumumkan perlantikan Park Jae-hong sebagai jurulatih baru Kijang Emas untuk musim 2024/25.

Perlantikan bekas jurulatih kelab K3 League, Yangju Citizen itu mendapat perhatian di negara itu menerusi satu artikel yang disiarkan di portal Goal Korea Selatan.

Advertisements

Ini berlaku bukan saja disebabkan statusnya sebagai bekas pemain kebangsaan Korea Selatan.

Malah, nama Jae-hong amat dikenali kerana pernah menjadi pakar bola sepak untuk liputan perlawanan stesen televisyen kabel Korea Selatan, TvN selama empat tahun.

Semasa aktif sebagai pemain bola sepak, Jae-hong pernah mewakili Pahlawan Taeguk ke Piala Asia edisi 2000 dan 2004 serta Sukan Olimpik edisi 2000.

Advertisements

Selain beraksi dalam saingan K-League, jurulatih berusia 45 tahun itu juga pernah beraksi di Romania (Universitatea Cluj), China (Jiangsu Sainty) dan Thailand (INSEE Police United) sebelum menggantung but pada 2013.

Jae-hong memilih Kelantan sebagai destinasi baru untuk mencari cabaran baru di luar negara kelahirannya itu.

Beliau menjadi jurulatih Korea Selatan kedua yang melatih pasukan Liga Malaysia (Liga M) selepas rakan senegara, Choi Moon-sik melatih Kelantan FC pada musim 2023.

Advertisements

Jae-hong bakal dibantu Rezal Zambery Yahya dan Ashadi Yusof sebagai penolong jurulatih. Sementara Abdul Rahman Baba pula mengisi peranan sebagai jurulatih penjaga gol.

Sentuhan beliau bakal dilihat penyokong Kijang Emas buat kali pertama apabila Kelantan menentang Sri Pahang FC di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram