Berjaya Lebur Rekod Gah JDT, Dollah Salleh Bersyukur
Liga Super
Otai Sukan
Advertisements

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh nyata cukup gembira dengan kejayaan pasukannya mengutip satu mata ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada Jumaat.

Keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur bukan sahaja menyaksikan Sri Pahang menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas kepada skuad juara Liga Super itu musim ini.

Tetapi lebih menarik ia turut menyaksikan Sri Pahang meleburkan rekod sempurna JDT yang menjaringkan gol dalam kesemua 23 perlawanan sebelum ini, sekaligus menjadi pasukan pertama tidak bolos kepada skuad harimau selatan dalam kancah Liga Malaysia 2022.

Advertisements

Dollah Salleh mengakui faktor keadaan padang yang ditakungi air kerana hujan yang turun tanpa henti lebih tujuh jam turut membantu barisan pemainnya mempertahankan gawang daripada dibolosi.

“Saya dah jangka ia akan menjadi sukar untuk kedua-dua pasukan (menjaringkan gol) kerana keadaan padang. Kita juga tidak beraksi dengan baik, apa yang berlaku kepada kita sama seperti ketika menentang KL City, kita hilang tumpuan, hilang arah, rentak semua hilang.

“Kalau diikutkan memang JDT lebih menguasai perlawanan, tetapi saya bersyukur kita dapat elakkan mereka mencipta peluang dan menjaringkan gol seterusnya mendapatkan satu mata,” kata Dollah Salleh.

Advertisements

Sebagai rekod, kali terakhir JDT gagal menjaringkan gol di pentas domestik adalah dalam aksi final Piala Malaysia 2021 menentang KL City.

Untuk musim 2022, bermula dengan perlawanan pertama menentang Penang sehinggalah perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC pada Selasa lepas, JDT bimbingan Hector Bidoglio telah menjaringkan sebanyak 78 gol dalam 23 perlawanan (purata 3.39 gol satu perlawanan).

Keputusan seri menentang skuad tok gajah adalah yang kelima buat JDT musim ini, menyaksikan mereka unggul di puncak dengan 50 mata manakala Sri Pahang pula melakar keputusan seri keempat, mengutip 25 mata dan kekal berada di tangga kelapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram