Bernardo Tavares Mahu Bawa Cristiano Ronaldo Ke Liga Indonesia
Dunia
Nik Faris / MakanBola & Portugal
Advertisements

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares mengakui bahawa ada usaha untuk membawa bintang terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo ke Liga Indonesia untuk bermain bersama pasukannya.

Pengendali kelahiran Portugal itu jelas mahu menajamkan lagi barisan serangannya apabila aksi tak mengenal erti putus asa anak buahnya berjaya mengikat KL City dengan keputusan 0-0.

Dalam satu temubual selepas perlawanan, beliau menyatakan bahawa para pemainnya sudah memberikan yang terbaik sungguhpun beraksi dalam keadaan yang amat penat.

Advertisements

Malah, mereka berjaya untuk memperagakan aksi seperti yang telah direncanakan dengan beberapa penciptaan peluang yang sangat berharga mampu untuk memusnahkan malam The City Boys.

“Saya tidak kisah sekiranya pemain kami hilang bola tetapi yang paling penting kamu berjaya mengawal permainan dengan baik.”

Tambahnya lagi, sungguhpun banyak peluang telah dicipta, PSM Makasar tetap tidak mampu untuk menjaringkan sebarang gol pda perlawanan ini.

Advertisements

Hal ini menyebabkan beliau merasakan khidmat Ronaldo diperlukan dalam pasukannya bagi menyudahkan segala peluang terhidang.

“Kami cuba untuk membeli Cristiano Ronaldo namun beliau yang tidak mahu datang,” jelasnya dalam keadaan berseloroh.

Persembahan PSM Makassar juga amat memberangsangkan tatkala barisan serangan Kl City jelas buntu untuk menjaringkan gol sungguhpun beraksi di gelanggang sendiri.

Advertisements

PSM Makassar mahu memberi fokus untuk mempersiapkan pasukan dalam usaha untuk meraih 3 mata penuh pada perlawanan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram