BG Pathum Bermain Dalam Fikiran Tano Solari
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tano Solari mengakui tidak boleh bergembira terlalu lama selepas pasukannya bakal menghadapi saingan sengit daripada kelab Thailand, BG Pathuk United.

Pengendali kelahiran Argentina itu menikmati musim cemerlang apabila membantu Harimau Selatan meraih 4 trofi bagi musim 2023 dengan kemenangan berdepan Terengganu melengkapkan koleksi trofi musim ini.

Sungguhpun berpuas hati dengan prestasi pasukan kendaliannya, beliau mengakui tidak mempunyai masa untuk berehat kerana mahu memastikan persiapan pasukan berjalan lancar berdepan wakil Thailand itu.

Advertisements

JDT sebelum ini berjaya merakamkan kemenangan di gelanggang lawan dengan keputusan 4-2 terus optimis meraih 3 mata di Stadium Sultan Ibrahim.

“Inilah realiti bola sepak. Kamu sedang bergembira tetapi fikiran kamu akan bermain tentang aksi berikutnya.”

“Saya sebagai jurulatih sudah pun mula berfikir tentang perlawanan tersebut (berdepan BG Pathum) tetapi saya mahu para pemain bergembira terlebih dahulu detik indah ini.”

Advertisements

Solari mahu memastikan JDT berjaya memungut mata penting bagi akai terakhir kumpulan di Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

“Ia sudah pasti menjadi perlawanan yang sukar, anda perlu mencari motivasi terbaik buat pasukan dan paling penting untuk meraih kemenangan dan mengumpul 9 mata,” jelasnya kepada MakanBola.

Aksi JDT dan BG Pathum akan berlangsung pada 12 Disember 2023 jam 6 petang.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram