BG Pathum Buru Bekas Pertahanan Selangor
Asia Tenggara
Selangor FC
Advertisements

Khidmat bekas pertahanan Selangor, Safuwan Baharuddin kini diburu pasukan Liga 1 Thai, BG Pathum United.

Pemain berusia 31 tahun yang kini beraksi bersama Negeri Sembilan dijangka bakal meninggalkan skuad jang pada jendela perpindahan Liga Super kali ini.

Dalam satu ciapan yang dikongsi wartawan The Star di Twitter hari ini, Avineshwaran menjelaskan selain BG Pathum United, khidmat Safuwan turut diintai Nakhon Pathum United.

Advertisements

Jika Safuwan melengkapkan perpindahan ke BG Pathum, beliau bakal menyertai Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi disana. Ini bakal memberi pilihan buat pengendali BG Pathum, untuk mengandingkan Safuwan bersama Irfan di posisi pertahanan.

Untuk rekod, Safuwan telah beraksi di Malaysia selama 8 musim. Beliau sebelum ini pernah menjadi tonggak beberapa pasukan Liga M iaitu PDRM, Sri Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Setakat ini, beliau telah membuat 11 penampilan bersama Negeri Sembilan dalam saingan Liga M 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram