Ads
Dunia
CakapSukan

Beberapa bekas pemain bola sepak Kebangsaan mula menunjukkan nukilan tidak puas hati terhadap makian yang ditularkan sebelum ini selepas perlawanan Liga Super di antara pasukan Selangor dan Kedah Darul Aman di Stadium Petaling Jaya.

Advertisements

Sebelum ini tular satu rakaman ‘orang kuat’ Ultras Selangor memaki hamun pemain import dari Singapura, Safuwan Baharuddin.

Advertisements

“Safwan, kau jangan belagak sangat taw!”

Advertisements

Advertisements

“Sebab tu lah kau bolos tiap-tiap perlawanan sebab dalam kepala otak kau macam ni.”

“Kau kalau nak champion, kalau bolos 30 macam musim lepas kepala but**h kau champion“

Advertisements

Ini antara makian yang berjaya dirakam dan menimbulkan ketidak keselesaaan penyokong bola sepak Selangor ditambah pula perlawanan tersebut jelas memihak kepada tuan rumah dengan kemenangan bergaya 4-1.

Sementara itu, beberapa bekas pemain skuad kebangsaan seperti Fitri Omar dan Razman Roslan jelas tidak bersetuju dengan makian yang dilontarkan individu berkenaan dan meluahkan perasaan mereka di Instagram.

“Apa sampai nak maki macam ni. Benda menang bukan perlawanan kalah der. Dari maki orang bulan-bulan puasa ini baik duduk rumah tiada dapat dosa bro. Kasihan pemain dah main betul-betul. Baik sokong naik semangat pemain untuk perlawanan seterusnya,” jelas Fitri Omar.

Advertisements

“..alah macam tidak biasa pula, bila sudah depan orang ramai mestilah nak kena tunjuk hero,” tambah Razman Roslan yang sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Selangor untuk musim 2005 hingga 2012.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram