Transfer
@EthioFooty
Advertisements

Dengan tetingkap kedua pasaran perpindahan bakal dibuka pada Julai ini, pasukan-pasukan Liga Super sudah mula merancang memperkuat pasukan masing-masing. PDRM FC dikhabarkan sedang memburu penyerang Liga Premier Iraq, Okiki Afolabi.

Advertisements

Walaupun dibarisi dua penyerang import iaitu Uche Agba dan Bruno Suzuki, Sang Saka Biru hanya merekodkan 14 gol dalam liga. Justeru, pengendali PDRM FC, Azzmi Aziz sudah pastinya mahu menambah sengat di bahagian serangan pasukan itu.

Khabar angin perpindahan itu didedahkan oleh wartawan sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Ketika ini, The Cops sedang mengadakan perbincangan awal dengan kelab Afolabi, Newroz SC.

Advertisements

Pengurusan The Cops pastinya mengharapkan usaha mereka mendapatkan penyerang Nigeria itu berhasil. Ini selepas cubaan mereka mendapatkan Afolabi pada penghujung tahun lepas berakhir dengan kegagalan.

Selain Newroz SC, Afolabi juga pernah beraksi untuk kelab Ismaily (Mesir), Jimma Aba Jifar (Ethiopia) dan Al-Ittihad SC Aleppo (Syria).

Advertisements
Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram