Bintang Manchester United Bergaduh Sesama Sendiri
EPL
Manchester United
Advertisements

Suasana kem Manchester United yang teruk musim ini seolah-olah terjawab dengan kejadian terbaru semasa sesi latihan seperti yang dilaporkan oleh The Sun UK.

Kejadian mengejutkan tersebut berlaku semasa sesi latihan hampir tamat pada Khamis di pusat latihan Carrington.

Dua orang pemain senior Manchester United dikhabarkan bergaduh dan terpaksa diasingkan seterusnya diarah terus ke bilik persalinan untuk menenangkan keadaan.

Advertisements

Walaubagaimanapun, tiada sebarang nama dicanangkan yang terlibat dengan pergaduhan tersebut seperti yang dilaporkan oleh The Sun.

Manchester United bakal menamatkan musim penuh suram Liga Perdana Inggeris dengan perlawanan menentang Crystal Palace pada Ahad, 22 Mei ini di Selhurst Park.

Advertisements

Selepas 37 perlawanan, Manchester United hanya mampu memperoleh 16 kemenangan, 10 keputusan seri dan 11 kekalahan sekaligus menjadi antara musim terburuk kelab sejak persaraan Sir Alex Ferguson 10 tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram