Advertisements
Bintang Real Madrid Pilih Wakili Maghribi Berbanding Sepanyol
Dunia
MakanBola
Real Madrid C.F

Bintang Real Madrid, Ibrahim Diaz akhirnya memilih untuk mewakili negara Morocco berbanding Sepanyol. 

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal di Dunia, Fabrizio Romano menyatakan bahwa semuanya telah diputuskan oleh Ibrahim Diaz dan kedua pihak persatuan bola sepak negara mengesahkan perkara tersebut.

Pemain tengah muda berusia 25 tahun itu dilahirkan di Sepanyol dan ibunya berasal juga dari Sepanyol sementara ayahnya berasal dari Maghribi. Oleh sebab itu, beliau boleh memilih salah satu sahaja untuk diwakili.

Ketika usia remaja, Ibrahim Diaz mewakili negara Sepanyol tahun 2016 bersama pasukan bawah 17 tahun dan beliau juga mewakili Sepanyol bawah 21 tahun pada tahun 2021.

Sejak daripada itu, Ibrahim Diaz tidak pernah dipanggil untuk mewakili skuad senior Sepanyol. Mungkin sebab itu beliau memilih Morroco

Ibrahim Diaz difahamkan akan dipanggil ke skuad Maghribi pada bulan ini jika proses dokumentasi selesai. Beliau berpeluang untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Angola dan Mauritania. 

Persatuan Bola Sepak Morocco turut yakin dengan komitmen yang akan diberikan oleh Ibrahim Diaz untuk mewakili negara.

Related Articles