Bintang Thailand Debut Bersama Bayern Munich
MakanBola
FC Bayern Munchen

Nama pemain muda Bayern Munich dan Brazil, Maycon Cardozo menjadi sebutan peminat bola sepak Asia Tenggara.

Ini kerana pemain berusia 17 tahun itu meraih penampilan sulung bersama pasukan yang dibimbing Vincent Kompany dalam aksi Bundesliga baru-baru ini.

Maycon masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua perlawanan menentang Borussia Mönchengladbach. Beliau masuk menggantikan bekas pemain sayap Liverpool, Luis Diaz.

Nama Maycon menjadi sebutan kerana beliau pernah beraksi untuk beberapa pasukan akademi di Thailand. Ini termasuk kelab Thai League 1, Ratchaburi.

Ini kerana bapanya, Douglas Rodrigues kerap beraksi dalam arena bola sepak negara itu. Selain Ratchaburi, beliau juga pernah mewakili Navy FC, Saraburi FC, PTT Rayong dan Chainat Hornbill.

Kemunculan Maycon secara tidak langsung satu pengiktirafan kepada bola sepak Thailand. Ini kerana akademi bola sepak negara itu membantu mengasah bakat pemain muda hingga mencapai taraf elit.

Meskipun begitu, Maycon tidak boleh mewakili Thailand di peringkat antarabangsa. Ini kerana beliau tidak memiliki pasport Thailand – satu perkara yang menghalangnya mewakili pasukan Thailand Bawah 14 Tahun (B-14) pada 2019.

Selain itu, undang-undang Thailand turut menyatakan usaha naturalisasi pemain hanya boleh dilakukan apabila mereka mencecah usia 20 tahun.

Claim Money Packet TnG