Advertisements
Bintang Ulsan Mahu Lupakan Rekod Buruk Sebelum Bertemu JDT
ACL
MakanBola
Astro Arena

Bintang Ulsan HD, Kim Min-jun mahu melupakan rekod buruk pasukannya di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) sebelum bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan esok (5 November).

Perkara itu disuarakan pemain sayap lincah itu dalam sesi sidang media pra-perlawanan JDT dan Ulsan di Stadium Sultan Ibrahim.

“Kami masih banyak lagi perlawanan untuk diharungi di Liga Korea, Piala FA Korea dan ACLE. Seperti apa yang jurulatih (Kim Pan-gon) katakan, kita perlu melupakan secepat mungkin (rekod buruk di ACLE).

“Fokus kami kini dialihkan sepenuhnya untuk perlawanan esok (bertemu JDT) dan rakan-rakan sepasukan juga fokus untuk perlawanan esok,” jelas Kim Min-jun dalam sidang media yang dikongsikan Astro Arena.

Ulsan HD kini berada di tangga tercorot Kumpulan A ACLE dengan tanpa sebarang mata selepas tewas tiga perlawanan yang diharungi.

Berbeza nasib dengan JDT yang kini berada di kedudukan ke-5 selepas memungut 4 mata daripada 3 perlawanan setakat ini.

Aksi JDT dan Ulsan HD itu akan disiarkan secara langsung di Astro Arena dan Sooka pada 5 November jam 8 malam.