Advertisement
Bojan Ciger Tinggalkan Kedah, Kembali Ke Uzbekistan
Transfer
MakanBola
KDA FC

Seorang demi seorang pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meninggalkan pasukan sebelum musim 2024/2025 bermula pada Mei ini.

Terkini, pertahanan tengah dari Serbia, Bojan Ciger merupakan pemain terbaru untuk meninggalkan pasukan Sang Kenari.

Pemain berusia 29 tahun itu sah menyertai kelab Uzbekistan, FC Neftchi Fergana yang mengakhiri saingan Liga Uzbekistan musim 2023 di kedudukan ke-5 liga.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Uzbekistan Professional Football League dalam satu hantaran di laman X.

“Neftchi mengumumkan menandatangani pertahanan tengah Serbia, Bojan Ciger,” coret Uzbekistan Professional Football League di laman X.

Kancah bola sepak Uzbekistan bukanlah sesuatu yang asing buat Bojan apabila beliau pernah beraksi di negara tersebut untuk musim 2021 dan 2022 bersama pasukan Navbahor.

Untuk rekod, Bojan Ciger merupakan salah seorang pemain yang cergas sepanjang musim 2023 apabila merekodkan 25 aksi bersama Kedah dnegan hanya terlepas satu aksi liga sahaja.

Secara keseluruhan, Bojan telah diturunkan dalam 28 perlawanan untuk kesemua pertandingan. Beliau berjaya meledak satu gol serta menyumbang dua bantuan gol.