Bojan Hodak: Cerita Berbeza Kalau Main Di Bukit Jalil
Piala FA
KL City FC
Advertisements

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak menganggap aksi berdepan JDT akan menjadi berbeza sekiranya perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing sengit sebelum kemenangan berjaya dinoktahkan oleh Harimau Selatan menerusi jaringan Hong Wan dan Leandro.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Croatia itu berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sambil memuji komitmen yanh ditampilkan pada babak pertama perlawanan.

Advertisements

“Sekiranya kita mahu menang, kita perlu ada perlawanan yang sempurna. Kami bermain amat baik pada babak pertama dan sekiranya dua peluang yang dimiliki itu mungkin perlawanan akan berbeza.”

Sambil itu, beliau turut memuji kualiti yang dimiliki oleh penjaga gol JDT, Syihan Hazmi yang menafikan setiap peluang yang dimiliki oleh pemainnya.

Pujian juga dihamburkan terhadap pemain The City Boys yang berjaya mara ke pentas final buat kali ketiga dalam tempoh tiga tahun namun yakin cerita pastinya berbeza sekiranya aksi berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

“Para pemain telah melakukan yang terbaik dalam tempoh 3 tahun berbanding 30 tahun sebelum ini.”

“Kami datang ke Johor dan beraksi dengan sebaik ini bukanlah satu tugas yang mudah dan saya yakin ceritanya pastinya berbeza sekiranya berlangsung di SNBJ,” jelasnya kepada Astro Arena.

Fokus KL City kini terarah kepada cabaran Liga Super untuk terus merebut kedudukan yang lebih baik sambil saingan Piala Malaysia bakal bermula tidak lama lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram