Advertisement
Bojan Hodak Jawab Punca Tinggalkan KL City
Liga Super
MakanBola

Berita mengenai peletakan jawatan Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City pastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan para penyokong The City Boys.

Bojan Hodak memaklumkan bahawa beliau telah menerima 3 tawaran pada Disember tahun lepas dan telah berbincang perkara tersebut dengan Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard. Namun menurutnya ketika itu beliau masih belum bersedia untuk mencari pengalaman baru dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya.

“Saya perlukan sedikit perubahan setelah berada buat satu tempoh masa yang lama dalam satu tempat.” ujar Bojan lagi.

Setelah hampir 3 tahun bersama KL City, Bojan berpendapat dirinya perlukan perubahan dan ingin mencari kelainan.

Bojan memberitahu bahawa beliau membuat keputusan untuk kekal bersama KL City sehingga perlawanan akhir Piala FA dan secara kebetulan sehari selepas perlawanan tersebut, beliau mendapat satu tawaran daripada kelab Persib Bandung.

Pengendali dari Croatia itu turut berkongsi bahawa sesetengah pemain KL City juga terkejut kerana tiada siapa yang tahu tentang keputusan peletakan jawatan beliau kecuali hanya diketahui oleh Stanley Bernand dan dirinya sahaja.

Bojan Hodak kini meneruskan cabaran kejurulatihan beliau di Indonesia dengan memikul jawatan sebagai ketua jurulatih Persib Bandung yang baharu.