Bojan Hodak Puji Impak Paulo Josue Bersama Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Paulo Josue dilihat tidak kekok mengetuai bahagian tengah Harimau Malaya semasa menentang Turkmenistan. Bagi jurulatih KL City, Bojan Hodak, impak yang dibawa kapten mereka itu amat membantu bila saingan Liga Super kembali bersambung pada 31 Mac ini.

Ini kerana pengalaman beraksi bersama pasukan kebangsaan sama sekali berbeza dengan pengalaman di peringkat kelab. Ini memaksa pemain menjadi lebih matang dan bijak membuat keputusan dalam sesebuah perlawanan.

Ad

Atas sebab itu, Bojan melihat manfaat beraksi bersama Harimau Malaya ini bisa menjadikan Josue sebagai pemimpin yang lebih berkaliber buat City Boys. Dengan KL City masih tercari-cari kemenangan pertama, ini amat membantu mereka dalam perlawanan seterusnya menentang Selangor pada 31 Mac ini.

Ad

“Saya fikir ini satu motivasi yang baik untuk dia (Paulo Josue). Dia dipilih pada perlawanan pertama (menentang Turkmenistan), dia cemerlang dalam perlawanan tersebut. Dia ada keinginan dan dia juga menikmatinya. Saya fikir ini sesuatu yang baik untuk dia dan kelab (KL City).

“Bagi dia, ini satu motivasi untuk dirinya melanjutkan kariernya sebagai pemain. Dia bermain dengan profesional, bahagian ini tidak sukar baginya. Dia boleh saja bermain untuk dua, tiga tahun lagi atau lebih,” katanya kepada Astro Arena.

Ad

Ramai berharap impak yang dibawa Josue dapat dikekalkan dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong malam ini. Dengan satu penampilan antarabangsa dalam tangan, kapten KL City itu pasti mahu merekodkan jaringan sulung bersama Harimau Malaya.

Ad