Bojan Hodak Resah Dengan Keadaan Pemain KL City
Liga Super
MakanBola
KL City FC
Advertisements

Menjelang perlawanan Liga Super KL City menentang Sabah malam ini, masalah kecederaan yang menimpa City Boys masih belum reda. Dan ini memeningkan kepala jurulatih mereka, Bojan Hodak untuk merencana kesebelasan utama terbaik menentang skuad Badak.

Antara pemain yang dilaporkan masih belum cergas ialah Kevin Ray Mendoza, Akram Mahinan, Zhafri Yahya, Patrick Reichelt dan Matko Zirdum. Malah, penyerang muda Haqimi Azim juga tidak pasti akan dapat diturunkan selepas penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara itu dilaporkan demam.

Advertisements

“Persiapan cukup baik jika anda mempunyai pemain-pemain yang cedera kembali menyertai pasukan tapi kita tidak ada semua itu. Perkara baiknya, kita tidak mempunyai kecederaan baru.

“Untuk perlawanan kali ini, kita kehilangan Kevin (Ray Mendoza), Akram (Mahinan), Zhafri (Yahya) dan Matko (Zirdum), itu saja. Perkara yang baik ialah Sebastian (Avanzini) kembali menyertai pasukan selepas pulih dari kecederaan.

Advertisements

“Patrick (Reichelt) masih belum bersedia, kami akan merinduinya dan terbaru, Haqimi (Azim) pula demam. Jadi tak pasti dia akan bermain atau tidak,” katanya bila ditemubual Astro Arena.

Tanpa kelibat ramai pemain tonggak, Bojan tahu KL City bakal berdepan tugas sukar menentang anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee malam ini. Bagaimanapun, beliau bernasib baik skuad kali ini lebih ramai berbanding musim lepas sekaligus memberi lebih banyak pilihan kepada jurulatih Croatia itu.

Advertisements

Dengan pasukan masih lagi tercari-cari kemenangan pertama musim ini, Bojan hanya boleh meminta pemain-pemain yang diturunkan dapat memberi yang terbaik di hadapan penyokong sendiri.

“Perkara baik untuk tahun ini ialah kita mempunyai kumpulan pemain yang lebih besar kerana jika ini berlaku pada musim lepas, kita takkan dapat bersaing.

Advertisements

“Jadi tahun ini, kita ada kumpulan pemain yang besar jadi sekurang-kurangnya kita boleh berlawan menentang pasukan-pasukan ternama. Ia memang sukar tetapi dalam setiap perlawanan, kita mahu menang. Saya hanya minta pemain melakukan yang terbaik, itu saja,” tambahnya.

News Comments Account