Bojan Hodak: Saya Akan Tukar 5 Pemain Kalau Tahu Jadi Begini
MakanBola
KL City FC
Sponsors

KL City FC berkongsi satu mata dengan Terengganu FC semalam biarpun pada satu ketika selesa mendahului 3-1. Bagi jurulatih City Boys, Bojan Hodak, jika beliau tahu kesudahan ini, sudah pastinya beberapa pemain yang leka akan dikeluarkan.

KL City FC mendahului 3-1 menerusi gol Giancarlo Gallifuoco, Paulo Josue dan Romel Morales pada babak pertama. Tetapi dalam 15 minit babak kedua, Peteh mengikat kedudukan menerusi Nor Hakim Hassan dan Ivan Mamut.

Ad

Pengendali Croatia itu percaya keadaan ini berlaku disebabkan faktor keletihan atau anak-anak buahnya percaya mereka telah meraih tiga mata. Walau apa pun sebabnya, Hodak mahu KL City FC mengatasi prestasi tidak konsisten ini dalam perlawanan seterusnya.

Ad

“Itu mungkin 45 minit (separuh masa pertama) terbaik musim ini dan 15 minit yang terburuk. Kalau saya tahu perkara ini berlaku, saya akan tukar empat, lima orang pemain dengan segera.

“Anda tahu pada separuh masa pertama, saya fikir cara kita bermain bagus. Gol yang dijaringkan, kita sedikit bernasib baik bola terkena bahagian luar kakinya. Jadi, ia satu sepakan tepat ke arah gol.

Ad

“Dalam separuh masa pertama, kita jaringkan tiga gol (dan) kita tidak dapat jaringkan gol lebih. Tapi dalam bilik persalinan, semuanya berbeza walaupun kita sudah bercakap. Kita seakan tidak bermaya.

Ad

“Saya tak tahu sama ada keletihan kerana perlawanan terakhir (menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC) empat hari lepas. Atau kita sudah mula meraikan tiga mata.

Ad

“Itu mungkin 45 minit terbaik musim ini dan mungkin 15 minit terburuk (musim ini). Ini sesuatu yang tidak konsisten dan jika kita mahu jadi lebih bagus, kita perlu ubahnya,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan semalam.

Selepas ini, KL City FC menerima kunjungan Negeri Sembilan FC untuk perlawanan Liga Super seterusnya pada 15 Julai ini.