Bojan Hodak: Secara Tiba-Tiba Pemain KL City Jadi ‘Bijak’
Liga Super
Kuala Lumpur City FC
Advertisements

Jurulatih KL City FC, Bojan Hodak menyifatkan pemain-pemainnya beraksi ketika waktu masa tambahan dengan cara yang bijak.

KL City terpaksa berkongsi mata bersama Negeri Sembilan apabila mencatat keputusan seri 1-1 bagi saingan Liga Super 2023.

Beliau akui puas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan. Hanya disebabkan hilang fokus dan komunikasi antara pemain menyebabkan bolos pada saat akhir. 

Advertisements

“Kita beraksi 90 minit yang bagus,  dan ketika masa tambahan kita sudah mula beraksi dengan ‘bijak’. 

“Sepatutnya dalam masa tambahan kita perlu membuang bola sebanyak yang boleh. Namun, kita bermain bola bermula daripada bawah, beri pasukan lawan sepakan percuma, sepakan sudut.

Jurulatih berusia 52 tahun itu mengakui barisan pemainnya seperti kanak-kanak di sekolah. Sentiasa perlu menyedarkan mereka selagi masih belum tamat permainan. 

Advertisements

Beliau sudah lali dengan situasi ini kerana ianya bukan terjadi pada perlawanan kali ini. Malah, sebelum ini juga anak buahnya selalu dibolosi pada saat akhir menyebabkan hilang dua mata berharga. 

“Kita hilang fokus dan komunikasi selepas mengeluarkan Giancarlo Gallifuoco, kita hilang ketua dibahagian pertahanan. Hilang komunikasi menyebabkan kita terpaksa akur bolos. 

“Pemain-pemain ini seperti kanak-kanak seperti di sekolah, kamu perlu sedarkan mereka baru mereka akan belajar,” kata Bojan Hodak dalam sidang media selepas tamat perlawanan menentang Negeri Sembilan. 

Advertisements

Selepas ini, KL City akan bertemu pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim bagi aksi perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada 22 Julai 2023 ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram