Bojan Hodak: Tolonglah Jadi Adil
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Jurulatih KL City, Bojan Hodak meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan pengadil yang mengadili perlawanan semalam.

Penang FC berjaya mengikat KL City dengan jaringan 2-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Walaubagaimanapun, beliau enggan memberi mengulas lanjut mengenai situasi tersebut kerana dia tidak mahu dikenakan tindakan lanjut yang tidak sewajarnya. Beliau cuma mahu pengadil bersikap adil.

Advertisements

“Setiap kali saya berjalan ke pintu masuk, saya berfikir samada saya hendak bercakap tentang pengadil atau tidak. Selepas itu, saya berfikir kenapa kita tidak boleh komen tentang pengadil.

“Jikalau saya bercakap tentang pengadil, saya akan kena denda. Kenapa pengadil tidak hadir dan beritahu pendapat dirinya, tolonglah jadi adil.

“Kita ingin bercakap tentang perlawanan bukan hendak menyalahkan pengadil. Saya tidak boleh beri anda apa apa kenyataan.

Advertisements

“Saya tidak boleh beri anda kenyataan tentang perlawanan. Ia sangat menyedihkan kenapa saya tidak boleh komen secara jujur,” kata Bojan dipetik daripada Flash Sukan.

KL City bolos dua gol sebelum 20 minit masa permainan tamat, Bojan Hodak menganggap ianya adalah kesilapan daripada pemain sendiri. Namun, beliau menegaskan itu bukanlah sebab sebenar mereka seri.

“Ia adalah kesilapan individu. Sesetengah pemain hendak menunjuk pandai tetapi ini bukanlah punca sebenar apa yang terjadi kepada kami di perlawanan ini. Saya akan tunjuk video kepada mereka kesilapan kami tetapi ini bukanlah punca mengapa kami seri pada hari ini,” katanya lagi.

Advertisements

Selepas ini, KL City akan bertemu juara Piala Sumbangsih 2023, Johor Darul Ta’zim bagi perlawanan kedua saingan Liga Super pada hari rabu ini, 1 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram