Mentaliti Juara Brendan Gan Bukti Dirinya Seorang Pejuang Tempur Sejati
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan menegaskan antara salah satu kunci kepada kejayaan dalam kerjaya bola sepak profesionalnya ialah sikap tidak kenal erti putus asa.

Jeneral tengah berpengalaman ini menggambarkan dirinya sebagai seorang pejuang di atas padang yang sentiasa bekerja keras buat pasukan ketika ditemubual dalam Bola Itu Life.

Katanya, beliau bukanlah seorang pemain yang memiliki pakej teknik dan skil individu berkelas dunia, namun kemampuan untuk terus melakukan apa sahaja menjadi kunci kepada perjalanan karier gemilangnya setakat ini.

Advertisements

“Saya bukanlah seorang pemain yang memiliki  teknik individu yang baik dan boleh melakukan 17 stepovers dalam satu masa.”

“Akan tetapi saya merupakan seorang pemain yang akan mengekang mereka yang melakukan 17 stepovers dan membuka ruang buat rakan sepasukan saya.”

Bekas tunjang tengah era gemilang Harimau Malaya ini juga turut mengakui bahawa bukanlah satu tugas yang mudah untuk kembali bangkit dari pelbagai halangan dalam kariernya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau tetap optimis untuk meneruskan kelangsungan kariernya kerana rasa cinta yang mendalam terhadap bola sepak.

“Saya sangat cintakan bola sepak dan kerana itulah saya terus berjuang.”

“Setelah dua kali menghadapi kecederaan ACL, saya tahu ia bukanlah tugas mudah kerana saya juga baru sahaja pulih daripada kanser,” jelasnya dalam temubual tersebut.

Advertisements

Beliau sedang menikmati detik terindah sekembalinya beraksi semalam apabila menjaringkan gol pembukaan ketika Selangor membelasah Sarawak United FC dengan keputusan 7-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram