Brendan Gan Buktikan Usia Bukan Halangan, Pacu Selangor Ke ACL2
ACL
Selangor FC
Advertisements

Kapten Selangor FC, Brendan Gan menjadi watak penting pasukan ketika menjulang skuad Merah Kuning mara ke pentas Asia mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim depan.

Selangor secara sah meraih slot ke Asia selepas mencatat kemenagan dalam aksi Liga Super bertemu Kedah malam semalam. Gergasi Merah Kuning ini layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2024 dengan tiket sebagai Naib Juara Liga Super 2023.

Kudrat pemain berusia 35 tahun, Brendan Gan telah ditagih pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe pada babak kedua permainan apabila Brendan masuk bagi menggantikan Mukhairi Ajmal.

Advertisements

Memainkan peranan dengan cukup baik, kemasukan Brendan memberi impak segera buat jentera serangan Selangor dalam usaha The Red Giant memecah kebuntuan untuk mencari jaringan.

Detik yang dinantikan akhirnya tiba pada minit ke-63 permainan apabila hantaran Alex Agyarkwa mudah dikawal kemas oleh Brendan. Brendan pantas membuat satu larian melepasi kawalan pertahanan Kedah sebelum melakukan satu lorongan cantik ke kawasan kotak penalti lawan.

Advertisements

Lorongan tersebut tenang disempurnakan penjaring terbanyak Selangor, Ayron Del Valle. Hantaran daripada Brendan telah disambar Ayron terus ke gawang Kedah sekaligus menewaskan penjaga gol tuan rumah, Kalamullah Al-Hafiz.

Jaringan Ayron tersebut memastikan Selangor mencatat kemenangan berharga di laman lawan sekaligus mengesahkan kemaraan ke peringkat Asia musim depan. Impak dan aksi bertenaga yang ditampilkan Brendan telah mencuri tumpuan ramai.

Advertisements

Menerusi tinjauan MakanBola di beberapa platform media sosial, ramai peminat bola sepak tempatan yang terpesona dengan persembahan yang ditampilkan Brendan dan menganggap Brendan sebagai ayam tambatan Selangor pada aksi malam semalam.

Untuk rekod, kali terakhir Selangor beraksi di pentas Asia ialah pada musim 2015-2016 iaitu dalam saingan Piala AFC. Tahun 2024 akan menjadi cabaran baru buat pasukan kendalian Tan Cheng Hoe dalam usaha mereka melakar sejarah demi membanggakan peminat dan penyokong The Red Giants.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram