Brendan Gan Kekal Di Malaysia Dengan Kelab Berbeza?
Transfer
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Australia namun ianya seakan-akan tidak menjadi kenyataan apabila dilaporkan akan kekal di Malaysia.

Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan akan kekal di Malaysia dengan kelab yang berbeza selepas meninggalkan Selangor FC pada akhir musim lalu.

Melalui satu hantaran di laman X wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Brendan semakin hampir untuk kekal beraksi di Malaysia dan kini hanya menunggu lampu hijau daripada pihak atasan pengurusan untuk mengesahkannya.

Advertisements

Namun begitu, identiti kelab baharu Brendan Gan masih menjadi misteri dan tanda tanya kepada penyokong bola sepak tanah air.

“Brendan Gan ada ada peluang untuk kekal (di Liga Malaysia)! Difahamkan, hanya tunggu lampu hijau daripada pihak atasan pengurusan,” dedah Zulhemi di laman X beliau.

Sebelum ini, terdapat beberapa pasukan yang dikaitkan mahu menandatangani Brendan bagi saingan musim baharu Liga Super seperti Sri Pahang dan juga Sabah.

Advertisements

Bersama Selangor musim lalu, Brendan telah diturunkan dalam 29 perlawanan dengan merekodkan 4 jaringan serta menyumbang 8 bantuan gol buat Selangor.

Brendan yang juga pemain kebangsaan telah menunjukkan aksi yang baik di Piala Asia 2023 tempoh hari dengan membentuk gandingan mantap di bahagian tengah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram