Brendan Gan Kembali Perkuat Harimau Malaya?
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jeneral tengah pasukan Selangor FC, Brendan Gan berpeluang untuk kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan tatkala kepulangan beliau memberi sinar baru buat jentera tengah pasukan.

Bekas pemain tengah Perak FC ini telah dibelenggu kanser testis dan terlepas hampir semusim untuk beraksi bersama The Red Giants dan juga skuad kebangsaan.

Sungguhpun begitu, kepulangan kapten pasukan Selangor ini jelas memberi impak yang cukup baik setiap kali beliau diberi tugas untuk mengemudi barisan tengah pasukan.

Advertisements

Pemain berusia 34 tahun ini memiliki kemampuan yang amat baik selaku pemain tengah ‘box-to-box’ selain mampu menggalas tugas di pelbagai posisi lain.

Pada musim ini, beliau telah pun diturunkan sebanyak 10 perlawanan termasuklah berjaya meledak dua gol.

Sungguhpun prestasi pasukan Selangor tidaklah berada pada tahap yang memuaskan, namun persembahan dan gandingan Brendan bersama kapten bawah 23 tahun negara, Mukhairi Ajmal dalam kelas tersendiri.

Advertisements

Ketiadaan pemain tengah utama negara, Syamer Kutty yang masih menjalani proses pemulihan dilihat mungkin membuka ruang buat pemain berpengalaman ini kembali bersama Harimau Malaya.

Brendan Gan menjadi pilihan utama ketika di bawah kendalian Tan Cheng Hoe untuk mengemudi jentera tengah dan pengalaman beliau beraksi mungkin bakal dipertimbangkan oleh Kim Pan-gon pada saingan King’s Cup kali ini.

Pan-gon sudah pun mengesahkan bahawa akan ada muka baharu yang bakal dipanggil untuk memantapkan lagi persembahan pasukan di sana.

Advertisements

King’s Cup bakal menjadi medan ujian awal buat para pemain sebelum menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang berlangsung hujung tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram