Brendan Gan Pintas Faisal Halim
Dunia
Selangor FC / Terengganu FC
Advertisements

Kecemerlangan Brendan Gan bersama Selangor FC musim ini semakin terserlah selepas berjaya meledak dua gol dalam kemenangan 5-0 Selangor ke atas Melaka United tempoh hari.

Dua gol yang dijaringkan itu sekaligus meletakkan Brendan Gan kini menjadi penjaring kedua terbanyak buat Selangor musim ini. Kapten Selangor itu terlepas lima aksi awal Liga Super kerana dalam sesi pemulihan selepas disahkan menghidap kanser.

Brendan Gan kini mengumpul keseluruhan lima jaringan dalam saingan Liga Super musim ini sekaligus memintas jaringan gol pemain Terengganu FC, Faisal Halim yang kini mengumpul empat jaringan. Penjaring terbanyak tempatan kini masih lagi dipegang oleh penyerang Petaling Jaya City FC (PJ City), Darren Lok dengan sembilan gol.

Advertisements

Selain Brendan Gan, antara pemain tempatan yang berjaya meledak lima gol pada musim ini adalah dua pemain yang beraksi untuk Sabah FC iaitu Baddrol Bakhtiar dan Amri Yahyah. Kecemerlangan Brendan sudah tentu akan menjadi aset terpenting buat Selangor yang kini dikendalikan bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Faisal Halim masih berpeluang untuk memintas jaringan gol yang dihasilkan Brendan, Baddrol dan Amri Yahyah apabila pasukan Terengganu FC bakal berdepan dengan pasukan yang bergelut dengan isu pembayaran gaji, Melaka United pada 7 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram