Brighton Catat Keuntungan RM737 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelab EPL
EPL
Brighton & Hove Albion FC
Advertisements

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion mencipta sejarah dengan merekodkan keuntungan tertinggi dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris.

Daily Mirror melaporkan Brighton merekodkan keuntungan menakjubkan sebanyak £122.8 juta (RM737 juta) untuk musim 2022-2023.

Satu-satunya kelab yang berjaya mengatasi pencapaian Brighton pada musim sama ialah Barcelona. Kelab Catalan itu merekodkan keuntungan lebih £300 juta (RM1.8 bilion).

Advertisements

Keuntungan ini diraih hasil daripada penjualan beberapa pemain tonggak dalam tetingkap perpindahan musim panas 2022 dan tetingkap perpindahan musim sejuk 2023.

The Seagulls terlebih dahulu menjual pemain tengah Mali, Yves Bissouma kepada Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan £20 juta (RM120 juta).

Ini disusuli dengan penjualan bek kiri Sepanyol, Marc Cucurella kepada Chelsea dengan yuran perpindahan £60 juta (RM360 juta).

Advertisements

Dan pada Januari 2023, pemain sayap Belgium, Leandro Trossard dijual kepada Arsenal dengan yuran perpindahan £21 juta (RM125 juta).

Trossard dijual selepas bertelagah dengan pengurus Itali, Roberto De Zerbi yang masuk menggantikan Graham Potter yang berhijrah ke Stamford Bridge pada September 2022.

Selain trio ini, Alexis MacAllister turut dijual kepada Liverpool dengan yuran perpindahan £35 juta (RM209 juta) pada akhir musim 2022-2023.

Advertisements

Menariknya, pemain-pemain yang dijual ini didapatkan pada harga yang berpatutan sebelum dijual pada harga tinggi dalam pasaran perpindahan.

Ramai peminat bola sepak percaya keuntungan Brighton dijangka meningkat untuk laporan kewangan mereka yang seterusnya pada tahun hadapan.

Ini kerana akaun tersebut bakal mengambil kira dua perpindahan besar pemain Brighton yang digerakkan Chelsea dalam tetingkap perpindahan musim panas lepas.

Advertisements

The Blues mendapatkan khidmat penjaga gol, Robert Sanchez dengan yuran perpindahan £30 juta (RM179 juta) dan Moises Caicedo (£115 juta (RM690 juta)).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram