Brunei DPMM Dalam Usaha Rekrut Bekas Pemain TRW Kelantan
MakanBola
TRW Kelantan FC

Selepas merekrut Fairuz Zakaria dan Ramadhan Sananta, Brunei DPMM kini berusaha mendapatkan khidmat pemain pertahanan Filipina, Christian Rontini.

Ini selepas kelab itu memaklumkan sedang mengadakan perbincangan dengan pemain berusia 25 tahun itu.

“DPMM FC sedang mengadakan perbincangan untuk menandatangani bek tengah tengah pasukan kebangsaan Filipina, Christian Rontini. Rontini kini bermain di kelab Thai League 1, Nongbua Pitchaya,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sekiranya perbincangan berjalan lancar, Rontini bakal menjadi pemain ketiga yang memperkuatkan cabaran DPMM dalam Liga Super musim depan.

Beliau bukan asing dengan saingan Liga Super kerana pernah beraksi untuk Penang dan Kelantan FC. Selepas meninggalkan Kelantan pada Januari 2023, Rontini beraksi di Indonesia untuk Persita Tangerang dan Madura United.

Beliau kemudiannya menyertai Nongbua pada Januari 2025 dan merekodkan 13 penampilan bersama pasukan itu.