Bryan See Sah Ke Perak
Dunia
Youtube TBG TV
Advertisements

Bekas penjaga gol Melaka United, Bryan See Tian Keat sah menyarung jersi Perak bagi mengharungi saingan Liga Super musim hadapan. Perkara itu dikongsikan oleh pasukan Perak sendiri melalui satu video pendek di laman Youtube rasmi mereka.

Bryan See bukanlah satu nama yang asing buat para peminat bola sepak di negeri Perak apabila beliau pernah menyarung jersi pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada musim 2018 yang lalu sebelum berhijrah ke Liga Thailand.

Menjadi penjaga gol utama Melaka United untuk musim ini, Bryan ternyata mempamerkan aksi terbaik beliau dengan acap kali menyelamatkan pintu gol pasukannya daripada dibolosi.

Advertisements

Walaupun menjadi penjaga gol pilihan kedua pada permulaan musim, Bryan berjaya menambat hati pasukan kejurulatihan untuk membolehkan beliau menjadi penjaga gol utama pasukan Melaka United untuk aksi kelima Liga Super.

Kemasukan Bryan See ke Perak jelas sekali dinanti-nantikan oleh para penyokong Perak yang mahukan pemain-pemain berkualiti membarisi pasukan kesayangan mereka musim hadapan. Bryan merupakan pemain ketiga yang dibawa masuk oleh jurulatih Perak, Lim Teong Kim selepas Harith Naem dan Ilham Aqil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram