“Buat Apa Ayron Lari Ke Mukhairi?” – Zainal Abidin
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Bekas pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan keliru dengan tindakan penyerang import Selangor, Ayron Del Valle yang seakan hilang arah di atas padang.

Detik ini berlaku tatkala penyerang kelahiran Colombia itu terlibat dalam satu serangan balas pantas yang direncanakan oleh The Red Giants berdepan Sri Pahang.

Zainal melihat penyerang berusia 34 tahun itu tidak berada pada posisi yang selayaknya untuk menerima hantaran dan menyebabkan kerugian terhadap pasukan.

Advertisements

Detik itu juga menjadi titik tolak kepada kegagalan anak buah Tan Cheng Hoe untuk meraih kemenangan di laman Tok Gajah.

Katanya, beliau seharusnya lebih memahami gerak geri seorang penyerang yang memiliki pengalaman luas di atas padang.

Advertisements

“Katanya Mukhairi memilih untuk shoot di atas padang, saya lari ke Mukhairi ke saya lari ke ruang kosong?”

“Buat apa dia (Ayron) berlari ke arah Mukhairi. Kalau Mukhairi tak hantar pun tak apa, bila dia melakukan rembatan ada lantunan semula dan di situlah Ayron perlu menunggu,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Kekalahan dalam aksi penting ini menyaksikan Selangor merekodkan kekalahan ke-4 musim ini namun semakin menjarakkan diri dengan pendahulu liga, JDT dengan jurang 14 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram