Budak 13 Tahun Dihalang Masuk Stadium Selama 5 Tahun
Dunia
Twitter: @Memphis
Advertisements

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun telah dilarang dari memasuki Stadium Philips di Eindhoven, Belanda selepas aksinya yang berlari ke dalam padang untuk mengambil gambar bersama penyerang belanda, Memphis Depay.

Situasi tersebut berlaku pada minit ke-89 sebelum tamat perlawanan ketika aksi kelayakan Piala Dunia Belanda menentang Montenegro pada 5 september yang lalu. Perlawanan tersebut berpihak kepada Belanda dengan kemenangan 4-0.

Aksi kanak-kanak yang bernama Amin itu menyebabkan seramai 16 penyokong lain mengikuti caranya dengan berebut-rebut di kawasan pagar sebelum masuk ke dalam padang bagi tujuan mengambil gambar bersama pemain bola kegemaran mereka. 

Advertisements

Hal itu mengakibatkan pihak ibu bapa Amin dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda untuk menyatakan bahawa anaknya akan dikenakan hukuman dan larangan memasuki stadium selama 5 tahun

Malah, anak muda tersebut juga dikenakan denda sebanyak £ 300. Namun, jumlah itu kemudiannya dikurangkan menjadi £ 86 atas faktor usia Amin yang masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. 

Ibunya, Naima Chahman, mengakui bahawa bukan niat mereka untuk membiarkan anaknya, Amin berlari masuk ke padang ketika perlawanan berlangsung. 

Advertisements

Walau bagaimanapun, ketua Kelab Penyokong Oranje, Theo Pouw percaya larangan itu wajar diberikan dan beliau memberitahu RTL Nieuws: “Mereka hanya boleh melarang memasuki stadium. Oleh itu, saya boleh bersetuju dengan keputusan itu.”

“Aksinya itu kelihatan baik dengan apa yang telah dilakukan oleh Amin kerana semua orang menganggapnya comel. Akan tetapi anda tidak boleh membiarkannya.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram