Debut Berguna Buat Penjaga Gol Harapan, Sikh Izhan
Dunia
Instagram; @selangorfc
Advertisements

Penjaga gol muda Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel melakukan penampilan pertamanya bersama skuad utama Selangor FC dalam aksi liga super malam ini. Sikh Izhan Nazrel bin Sikh Azman diberi kepercayaan Karsten Neitzel bagi menggalas posisi penjaga gol menggantikan Khairul Azhan Khalid yang mengalami kecederaan. 

Ketiadaan Khairul Azhan membuka ruang kepada pemain ini untuk beraksi dalam kesebelasan utama. Beliau dilihat menggalas tugas dengan baik dalam perlawanan hari ini meskipun bolos dua gol.

Sikh bermain dengan baik sepanjang 20 minit awal permainan dengan beberapa tangkapan kemas berjaya beliau lakukan. Namun gerakan satu dua antara Tchetche Kipre dan Kpah Sherman pada minit ke-24 akhirnya menewaskan penjaga gol muda itu akibat kelalaian barisan pertahanan Selangor FC. 

Advertisements

Tumbukan yang kurang kemas Sikh Izhan ketika sepakan penjuru Kedah FC sekali lagi menghukum dirinya apabila tampanannya itu ditanduk masuk Anumanthan Kumar pada minit ke-44 permainan. Gol tersebut berjaya membantu Kedah FC menyamakan kedudukan 2-2 sebelum aksi separuh masa pertama tamat. 

Babak separuh masa kedua memperlihatkan skuad Gergasi Merah lebih banyak mendominasi permainan. Gerakan serta serangan yang membahayakan daripada pasukan pelawat banyak menguji barisan pertahanan Kedah FC. 

Advertisements

Sikh Izhan jarang diuji pada separuh masa kedua. Akan tetapi serangan Kedah FC sekali sekala turut membahayakan benteng Selangor FC ketika tandukan daripada Badrool Bakhtiar pada minit ke-60 itu tepat ke gawang gol mereka. Namun tandukan itu mudah ditangkap kemas oleh Sikh Izhan.

Sikh sekali lagi memastikan ketangkasannya terserlah apabila sepakan percuma cantik yang dilakukan Azamudin Akil pada minit ke-85 permainan berjaya ditepis keluar. Sikh ketika itu dilihat berada pada kedudukan yang terbaik untuk menyelamatkan bola tersebut.

Advertisements

Perlawanan malam ini merupakan satu motivasi terbaik untuk penjaga gol harapan negara ini memperbaiki dan menimba pengalaman. Sebelum diserap masuk ke skuad Selangor FC, Sikh Izhan merupakan sebahagian daripada graduan generasi pertama skuad Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).

Debut ini juga membantu sebagai persediaan pemain kelahiran Sebarang Jaya, Pulau Pinang ini yang bakal menempuh kejohanan Piala Asia bersama skuad muda negara tidak lama lagi. Pengalaman luas yang dimiliki Sikh Izhan pastinya menjadi aset yang ditagih skuad muda negara dan pasukan Selangor FC bagi memastikan kecemerlangan pasukan dalam menghadapi setiap perlawanan.

Advertisements

Meskipun hasrat Sikh untuk mendapatkan ‘clean sheet’ dalam perlawanan hari ini tidak berjaya namun persembahan baik yang ditunjukkan prospek muda ini wajar sekali dipuji. Beliau berjaya membantu Selangor FC meraih tiga mata penuh pada perlawanan malam ini. Perlawanan berkesudahan Kedah FC 2-4 Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram