“Bukan Saja Azam, Hafizal Pun Boleh Potong Liridon” – Zainal Abidin
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan merakamkan rasa kecewa terhadap aksi yang ditampilkan oleh perancang tengah Terengganu, Liridon Krasniqi.

Pemain naturalisasi negara itu merupakan pilihan utama ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengemudi jentera tengah pasukan.

Namun begitu, beliau jelas gagal mempamerkan aksi yang sebenar apabila anak didik Fandi Ahmad mempamerkan belang untuk menewaskan mereka di laman sendiri.

Advertisements

Zainal menyatakan bahawa Liridon masih tidak dapat mempamerkan aksi yang diharapkan untuk membantu pasukan.

“Lepas saya tengok gol tu, saya nak je hubungi Liridon. Sebagai jurulatih kita nak ubah pemain kita. Pertama kita kena tengok siapa yang dapat bola, Liridon seperti menyerah diri.”

Keputusan pemain yang mesra disapa Matdon untuk masuk secara terus telah menyebabkan beliau diperdaya oleh Azam sebelum pemain itu melepaskan rembatan kencang

Advertisements

“Bukan sahaja Azam, Hafizal pun boleh potong Liridon. Dia buat tindakan melulu,” jelasnya kepada Nindia Bola.

Kekalahan itu menyaksikan harapan Terengganu untuk bangkit selepas dibelasah oleh Selangor gagal direalisasikan sungguhpun beraksi di laman sendiri.

Terengganu kini berada pada tangga ke-8 dengan 13 mata sementara Sri Pahang gah di tangga ke-3 dengan 20 tanpa mencatatkan sebarang kekalahan musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram