Bukan Satu, Tapi Tiga Rekod Yang Berjaya Dicipta Oleh Erling Haaland
Dunia
Advertisements

Kehadiran Erling Haaland dalam skuad Manchester City musim ini jelas sekali menjadi satu kebanggaan buat para penyokong ‘The Citizens’ itu.

Ketajaman yang dimiliki Haaland semakin terserlah selepas beliau membantu Manchester City menewaskan musuh setempat, Manchester United dengan keputusan 6-3 dalam perlawanan yang berlangsung semalam.

Namun tidak ramai menyangka dalam perlawanan tersebut, Erling Haaland yang baru berusia 22 tahun berjaya meledak hatrik dan mencipta tiga rekod baharu.

Advertisements

1. Meledak hatrik ketiga berturut-turut sebagai tuan rumah

Apabila Haaland menyambar hantaran lintang Sergio Gomez pada pertengahan separuh masa kedua untuk meletakkan City 5-1 di hadapan, beliau menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang menjaringkan hatrik dalam tiga perlawanan di tempat sendiri berturut-turut.

Dua lagi hatrik dihasilkan sebelum ini adalah pada bulan Ogos yang lalu ketika menewaskan Crystal Palace 4-2 dan membelasah Nottingham Forest 6-0.

Advertisements

2. Penjaring terbanyak di Eropah

Jaringan hatrik yang dilakukan semalam menjadikan Haaland kini mengumpul 14 gol dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris, menjadikannya penjaring terbanyak dalam lima liga besar Eropah iaitu Liga England, Liga Sepanyol, Liga Perancis, Liga Itali dan Liga Jerman.

Robert Lewandowski dari Barcelona adalah pencabar terdekatnya dengan mengumpul sembilan gol, manakala Kylian Mbappe pula telah meledak lapan gol untuk Paris Saint-Germain dalam Liga 1 Perancis.

Advertisements

3. Penglibatan tertinggi dalam gol yang dihasilkan dalam ‘Derbi Manchester’

Dengan tiga gol dan dua bantuan gol yang dicipta, Haaland secara tidak langsung menyumbang lima gol yang dijaringkan City semalam. Tiada pemain yang pernah membuat lebih banyak penglibatan gol dalam satu perlawanan Derbi Manchester Liga Perdana Inggeris.

Dengan tiga rekod yang dicipta Haaland ini, tidak mustahil banyak lagi rekod yang akan berjaya dipecahkan oleh pemain antarabangsa Norway itu suatu hari nanti.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram