Neymar terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan mengerikan ketika pasukannya Paris Saint-Germain (PSG) bertemu Saint-Etienne di Stadium Geoffroy.
Pemain Brazil tersebut dikasari pada ketika perlawanan hampir tamat ketika pasukannya sedang mendahului 1-3 di tempat lawan.
Buat masa ini belum ada perkembangan tahap kecederaan Neymar namun berdasarkan visual yang dirakam, kecederaan seperti ini memerlukan masa 6-12 bulan untuk benar-benar pulih dan lebih teruk pembedahan mungkin diperlukan jika terdapat keretakan dalaman.
Dalam perlawanan Ligue 1 ini, PSG menang 1-3 sekaligus mengukuhkan kedudukan teratas liga.