“Bye Bye PJ City”
Dunia
PJ City FC
Advertisements

PJ City dikhabarkan bakal menarik diri dari saingan Liga Super musim hadapan. Ini susulan pendedahan status mereka oleh pengacara sukan Astro Arena, Hafizal Hamad.

Dalam ciapannya di Twitter, beliau menulis, “Bye Bye PJ City..” Ia kemudian disusuli satu lagi ciapan yang berbunyi, “Tunggu pengesahan….Players sudah dimaklum..”

Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap yang mengatakan kelab tersebut bakal menarik diri dari liga musim hadapan akibat masalah kewangan. Malah, dikhabarkan QNet juga akan menarik diri sebagai penaja pasukan untuk musim hadapan.

Advertisements

Khabar ini juga turut menjelaskan mengapa ramai pemain dan staf termasuk jurulatih P. Maniam masih belum mendapat tawaran kontrak baru bersama pasukan.

Salah seorang pemain yang dijangka diburu oleh pasukan-pasukan Liga Malaysia disebabkan keputusan ini ialah bekas bek kanan pasukan kebangsaan Mahalli Jasuli.

Mahalli mengakui telah mendengar tawaran dua kelab Liga Super dan bersedia membuat keputusan sekiranya PJ City sah menarik diri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram