Advertising
Cabaran Bergelar Beregu Profesional Matangkan Sze Fei-Izzuddin
UltraSukan
Victor Malaysia

Cabaran bergelar beregu lelaki profesional Malaysia dilihat memberi impak positif kepada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani.

Perkara ini diakui Izzuddin semasa ditemu bual bekas pemain kebangsaan, Ameer Zainuddin baru-baru ini.

Ad

Sze Fei-Izzuddin memilih meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergelar beregu lelaki profesional negara pada 1 September 2024.

Ad

Juara India Open 2025 itu mengakui bukan mudah bergelar pemain profesional. Ini kerana mereka perlu menyelesaikan sendiri semua urusan mereka termasuk penyertaan dalam sesebuah kejohanan.

Pada masa sama, Izzuddin melihat situasi itu menjadikan beliau dan Sze Fei lebih matang terutama dari segi komunikasi.

Ad

“(Bila) di luar ini, macam-macam bendalah yang kita kena uruskan macam tiket penerbangan, hotel (penginapan), letak nama apa semua. Semua (kena buat) sendiri.

Ad

“Banyak bendalah nak kena buat. Tapi benda-benda itu yang buat aku banyak berinteraksi dengan Ah Fei (Sze Fei),” katanya.

Ad

Aspek ini dilihat membantu peningkatan prestasi Sze Fei-Izzuddin dalam arena badminton antarabangsa. Ini terbukti apabila mereka kini bergelar beregu nombor dua dunia.

Selain bergelar beregu nombor dua dunia, mereka telah meraih beberapa kejuaraan seperti India Open 2025, China Open 2024 dan Arctic Open 2024.