“Carli De Murga Benar-Benar Cedera” – Zamsaham
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan bahawa pemain pertahanan, Carli De Murga sememangnya mengalami kecederaan dan disebabkan itu tidak boleh diturunkan dalam aksi getir menentang JDT pada Sabtu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham sekaligus menepis tanggapan bahawa Carli De Murga yang didapatkan dari JDT pada bulan lalu secara tiba-tiba terkena ‘penyakit misteri’ menjelang aksi menentang bekas majikannya itu.

“Carli de Murga (ketika) minit ke-78 menentang Penang, dia benar-benar cedera. Ganti dengan Arip (Amiruddin). Dia benar-benar sakit, doakan kesihatan beliau,” kata Zamsaham.

Advertisements

Terdahulu, ketua jurulatih Kelantan, Choi Moon Sik mengesahkan pemain berusia 34 tahun dari Filipina itu tersisih untuk aksi di Stadium Sultan Ibrahim kerana tidak sempat pulih, namun yakin mempunyai pengganti yang setanding.

Bagaimanapun ramai penyokong yang secara sinisnya menyatakan perkara seperti ini sudah banyak kali terjadi dalam kancah bolasepak tempatan, iaitu akan ada pemain tonggak import yang secara tiba-tiba mengalami kecederaan menjelang aksi menentang JDT.

Advertisements

Mereka juga menjadikan kes terbaru di Paroi, yang mana Herold Goulon tidak dapat diturunkan ketika Negeri Sembilan dibelasah JDT 7-0 sebagai contoh.

Tambah Zamsaham, itu hanyalah persepsi penyokong dan meminta mereka untuk bersangka baik.

Advertisements

“Sangka baiklah, bila sampai masa kita akan tahu kebenaran. Yang buruk kita tahu, yang baik pun kita akan tahu. Jalan terus,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram