Carli De Murga Tinggalkan Kelantan, Sertai Kelab Liga 1 Indonesia
Transfer
Kelantan FC
Advertisements

Pertahanan Kelantan FC, Carli De Murga difahamkan sudah tidak lagi bersama apsukan bagi saingan musim ini.

Pemain kelahiran Filipina itu menyertai The Red Warriors pada musim 2023 daripada gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) namun hanya kekal sebentar sahaja.

Menerusi satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 34 tahun itu akan ke Indonesia.

Advertisements

Beliau difahamkan akan menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di sana namun identiti kelab tersebut tidak didedahkan.

Carli pernah beraksi bersama Terengganu sebelum menyertai skuad Harimau Selatan selama dua musim.

Pada musim ini, bekas pertahanan Chonburi ini sudah melakukan 6 penampilan dan menjadi tunjang utama di bawah kendalian bekas pengendali, Choi Moon-sik.

Advertisements

Ketiadaan beliau sudah pasti akan diisi oleh pertahanan dari Korea yang kurang mendapat tempat bersama pasukan.

Beliau juga tidak diturunkan bagi aksi menentang Manjung FC malam ini dan difahamkan akan melengkapkan perpindahannya segera.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram