Advertisements
Catatan Peribadi Luqman Hakim Di Jepun
Asia
MakanBola
Yokohama SCC

Selepas 31 perlawanan saingan J3 League musim 2024, Luqman Hakim Shamsudin telah merekodkan catatan peribadi bersama Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC).

Sejak menyertai Yokohama SCC secara pinjaman dari KV Kortrijk pada Januari lalu, Luqman hanya merekodkan tujuh penampilan bersama pasukan itu dalam 31 perlawanan liga.

Penyerang berusia 22 tahun itu turut merekodkan tiga penampilan sebagai pemain simpanan. Penampilan itu direkodkan dalam aksi menentang Gainare Tottori, Iwate Grulla Morioka dan FC Ryukyu.

Daripada tujuh penampilan, Luqman hanya sekali melakukan kemunculan dalam kesebelasan utama. Penampilan itu direkodkan dalam aksi menentang Matsumoto Yamaga pada 9 Mac lalu.

Manakala selebihnya merupakan penampilan sebagai pemain gantian. Jika dicampurkan dengan semua minit permainan dalam semua penampilannya, Luqman hanya merekodkan 110 minit permainan.

Ini berdasarkan pengamatan pemerhati bola sepak Jepun, Ahmad Ridzuan tentang prestasi penyerang muda Malaysia itu di platform X.

Dengan J3 League kini berbaki tujuh perlawanan, masih ada masa buat bekas penyerang Njardvik itu untuk memburu slot kesebelasan utama Yokohama SCC.

Ini termasuk peluang beraksi dalam perlawanan menentang FC Osaka pada 9 November ini. Perlawanan ini dinantikan ramai penyokong negara kerana ini bakal menemukan Luqman dengan rakan sepasukan dalam skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Muhammad Abu Khalil.

Muhammad menyertai FC Osaka secara pinjaman dari Selangor FC sehingga tamat kempen J3 League.